Pages

Tuesday, March 3, 2015

3

Assalamualaikum dan hai.

Entri kali ni aku akan cerita pengalaman daftar kor kat sini. Aku dan kawan aku, Shah ada bincang banyak kali lah jugak. Sebenarnya nak masuk kesatria negara sebab dia cuma satu sem je kan tapi kawan aku ni cerita benda yang ntah apa-apa dan aku pun tak tahu kenapa aku boleh percaya kat dia. Jadi kami decide nak masuk PBSM.

Rabu petang tu, berkumpul kat PI, solat Asar berjemaah lepas tu terus lari ramai-ramai pergi ke padang kawad. Semput, dah lama tak lari jauh macam tu. Ok, masa Tuan Ujud dah selesai cakap-cakap semua barulah dia bagi pelepasan kuntuk join mana-mana badan beruniform. Aku dah cakap awal-awal dengan Shah, dengar je PBSM terus pecut ok. Jadi bila dengar PBSM je kitaorang terus lari macam orang gila and ambik tempat paling depan.

And there is worst part dimana PBSM dah capai limit keahliaan dan ahli-ahli yang nak masuk PBSM ni dia tapis dengan siapa pernah masuk PBSM time sekolah dan ada penyakit je. Sakitnya tu betul-betul disini tapi nak buat macam mana kenalah beralah masuk JPAM sebab malas nak lari-lari dah, pindah sebelah je. Kali ni dah betul-betul determined tak nak tukar badan beruniform dah dan start hari tu aku dan Shah pun jadilah ahli JPAM untuk tiga semester sepanjang ada kat sini.

Next will be cerita pasal IMSociety club dan DIIM yang memang selagi hayat dikandung badan tidak terpisah, yelah dah kelab sendiri kot. Ok hambar. All thanks to para exco-exco IMS sendiri kot yang bagi task kat kitaorang untuk buat persembahan masa Dinner IM. Secara honestlah, mula-mula memang tak suka bila diorang suruh buat pesembahan, tapi yelah bukan kau sorang je kot duduk kelas tu. You should considered perasaan orang lain jugak.

 Ok start from that point, kami start practice, practice dan practice pada waktu malam. You know the feeling bila orang lain gelak and terkesan dengan persembahan korang, rasa best sangat. Terima kasih Bonni dan presiden IMS sendiri yang selalu terhibur dengan persembahan kami dan bagi full support dekat kelas JIM1101A sampailah malam Dinner. Sangat-sangat terkejut bila dapat tahu video persembahan kitaorang diupload kat Youtube dan gerangan orang yang mengupload itu adalah tak lain dan tak bukan Bonni. Terharu tak tahu nak cakap apa. Terima kasih banyak-banyak, sayang koranglah.


Satu perkara aku belajar sepanjang practice untuk persembahan Dinner ni ialah kerjasama and semangat setiakawan. Kadang-kadang rasa bersalah jugak kalau tak datang practice ok mengakulah sebab yang sebenar-benarnya adalah MALAS. Berkorban jelah, aku penat diorang pun penat so sama-samalah penat, adil kan. Aku sayang sangat dengan kelas ni, tapi dah mother nature aku ni jenis yang pendiam sejak masuk sini jadi aku sayang senyap-senyaplah macam perasaan sayang and suka kat crush,kau tak cakap depan-depan kau suka dia tapi yet kau stalk dan ambik peduli pasal dia samalah macam aku. Aku tak tahu macam mana orang view aku kat sini tapi untuk pengetahuan korang nilah aku dan takkan pernah jadi orang lain kot, InshaAllah.

itu je, Assalamualaikum :)

2

Assalamualaikum dan hai.

Kali ni aku akan cerita pengalaman pertama aku pergi kelas kat UiTM Segamat yang pada awalnya aku sangkakan tempat ini sangat besar dan luas tapi bila dah pergi tempat yang berbeza tiap kali kelas baru aku tahu yang UiTM Segamat ni sederhana sahaja keluasannya.

Kelas yang pertama untuk kesekian kalinya aku disini adalah kelas IMD111. Setelah buat research keberadaan kelas ini, Aku pun siap-siap ingin ke kelas dengan excitednya, naik tangga sampai ke tingkat tiga dan apa yang aku nampak dekat depan pintu kelas BK15 adalah

"Kelas pada hari ini dibatalkan dan kelas ganti akan diberitahu kemudian".

Lebih kuranglah ayat dia, aku pun dah lupa ayat betul dia macam mana. Pulanglah aku ke bilik dengan perasaan yang sangat-sangat kecewa sebab penat naik tangga sampai tingkat tiga tup-tup kelas cancel. Kelas yang seterusnya adalah kelas IMD112 yang bertempat di bangunan Sri Laksamana atau nama famousnya SL. Nak naik gila jugaklah cari tempat ni, tanya jugak senior-senior dan kebanyakan mereka semua bagi jawapan yang ada ada ayat macam ni

 "Oh SL dekat dengan bangunan admin, dekat dengan bangunan akademik, depan ptdi bla bla bla"

 dan aku pulak pelajar part 1 yang tak tahu kat mana semua tu pun dengarlah tapi tak boleh process sebab aku pun tak tahu tempat-tempat yang diorang cakap tu dan Alhamdulillah masa aku merayap-rayap lepas kelas cancel aku terjumpa perkataan dekat sebuah papan lokasi yang tertulis

Sri Laksamana

Aku berhenti kejap dan fikir. Sri Laksamana, SL, Sri Laksamana, SL. Ohhhhhhhhh!!!!! Rasa nak ketuk kepala masa tu dekat tiang yang berhampiran, rupanya SL tu Sri Laksamana dan Sri Laksamana tu SL. Di kelas inilah aku berjumpa dengan rakan-rakan sekelas ku yang lain dan orang yang aku duduk semasa di dalam kelas adalah sebelah kiri aku Iman sebelah kanan pula Balqis. Madam Azura lecturer pada masa itu bagi tahu lah serba sedikit pasal pengajian yang aku ambik ni, range topik apa yang kitaorang akan belajar, skop pekerjaan bila dah habis study nanti macam mana, pengajian ini banyak melibatkan apa dan banyak lagi. First day mestilah semangat tapi dah masuk minggu-minggu yang seterusnya kepala ni asyik nak lentok je atas meja.

Kelas aku banyak perempuan, lelaki lima orang je masa tu tapi lepas beberapa hari kelas JIM1101A dapat classmates baru, yeayyy dan lelaki tambah lagi tiga orang. Adat rasanya bila mula-mula kenal dan belajar sama-sama mesti akan ada rasa awkward dan malu-malu tambahan aku ni tak pernah belajar campur lelaki sebab dah tujuh tahun sekolah di sekolah perempuan jadi rasa tak selesa tu adalah sikit tapi bila kena bergaul you have to be someone yang professional lah. Malu tu tak boleh ikutkan sangat.

Itu je buat entry kali ni, Assalamualaikum.

Monday, March 2, 2015

1

Assalamualaikum.

23 November 2014. Tarikh dan hari aku melangkah ke UiTM Segamat dengan satu tujuan ia itu sambung belajar. Sangat takut dan sangat nervous sebab sebelum ni tak pernah jauh dengan family buat masa yang panjang dan ini merupakan kali pertama aku tinggal di asrama. Ya, menangis. Lepas peluk cium apa semua dah boleh rasa homesick dan rindu kat mak dan rumah tapi perjuangan tetap perlu diteruskan.

Aku dapat kolej Baiduri dan orang yang bertuah yang dapatkan aku as a roommate adalah Ida. Dia merupakan pelajar pra diploma tapi lepas beberapa minggu di sini, dia dapat panggilan dari politeknik untuk diploma and dia pun pergi sana. Sekarang bilik ada tiga orang termasuk aku.

Program pertama untuk minggu yang pertama di UiTM ini tak lain dan tak bukan untuk budak part 1 adalah MDS (Minggu Destini Siswa). Program yang bagi aku sangat memenatkan terutamanya part naik turun tangga pergi  masjid lepas tu patah balik pergi Dewan Sri Temenggung. Tidur yang tidak cukup selalunya akan diqada' kan semasa kuliah subuh. Kena marah dengan PM sampai pukul 1 pagi. Jatuh kat longkang PI masa nak beratur sebab jalan tak pandang depan. Pening kepala nak siapkan dokumen untuk fail peribadi pelajar.

PM Roy :)

Banyak kan benda tak best tapi sebenarnya inilah yang paling aku ingat dan rindu sampai sekarang. PM Roy is my favourite PM during MDS. Dia yang selalunya akan buat kami kami yang penat ni gelak tak ingat dunia dengan lawak dia yang kadang-kadang jadi kadang-kadang hambar jugak. Habis je MDS, besoknye cuti sehari dan pelajar-pelajar senior balik. Bertambahlah dari dua orang kepada empat orang. Balqis dan Kak Bella. Mula-mula sangat janggal dan awkward tapi bila dah lama mestilah sayang.
Balqis & Kak Bella :) 



Itu je, Assalamualaikum.